Lane Keeping Suite
Sistem yang membantu kereta kekal dalam lorong.
Lane Departure Warning (LDW)
Memberi amaran jika kereta mula keluar lorong tanpa signal.
Contoh:
Anda mengantuk atau terleka, kereta mula ke kiri atau kanan → sistem akan beri amaran.
Lane Keeping Assist (LKA)
Kereta akan bantu memusing stereng secara automatik untuk kembali ke lorong.
Contoh:
Terlalu dekat dengan garisan jalan → stereng akan membantu membetulkan arah.
Lane Departure Prevention (LDP)
Mencegah kereta daripada keluar lorong secara tidak sengaja.
Lebih aktif berbanding LDW kerana bukan sekadar beri amaran, malah membantu mengelakkan kereta terkeluar.
Emergency Lane Keeping Assist (ELK)
Membantu mengelak kemalangan jika kereta hampir melanggar kenderaan lain ketika keluar lorong.
Contoh:
Ada lori di sebelah dan kereta anda mula masuk ke lorong lori → sistem akan membantu membetulkan arah.
Lane Change Assist (LCA)
Membantu ketika menukar lorong dengan lebih selamat.
Sistem memantau kenderaan di lorong sebelah sebelum anda bertukar lorong.
Pre-Collision & Braking Systems
Sistem yang membantu mengelakkan kemalangan.
Forward Collision Warning (FCW)
Memberi amaran jika kereta di hadapan membrek secara mengejut.
Contoh:
Kereta depan brake kuat → sistem akan bunyikan amaran lebih awal.
Autonomous Emergency Braking (AEB)
Kereta boleh membrek sendiri jika pemandu tidak sempat bertindak.
Rear Collision Warning (RCW)
Amaran jika terdapat risiko pelanggaran dari belakang.
Membantu pemandu lebih peka terhadap kenderaan yang menghampiri dengan laju.
Multi-Collision Braking (MCB)
Selepas pelanggaran pertama, sistem akan membrek untuk mengurangkan risiko pelanggaran kedua.
Contoh:
Jika kereta terlanggar sesuatu dan masih bergerak, sistem akan cuba menghentikan kereta.
Evasive Steering Assist (ESA)
Membantu pemandu mengelak halangan dengan lebih stabil ketika kecemasan.
Jika perlu mengelak objek secara tiba-tiba, sistem membantu kawalan stereng
Intelligent Cruise Control
Sistem pemanduan pintar untuk perjalanan jauh.
Adaptive Cruise Control (ACC)
Kereta mengekalkan kelajuan dan jarak dengan kenderaan di hadapan secara automatik.
Sesuai untuk lebuh raya.
Front Vehicle Departure Alert (FDA)
Memberi amaran apabila kereta di hadapan mula bergerak tetapi anda masih berhenti.
Sangat berguna ketika kesesakan lalu lintas.
Integrated Cruise Assist (ICA)
Gabungan ACC dan Lane Keeping.
Kereta boleh:
ikut kelajuan kereta depan
kekal dalam lorong
Memberi pengalaman pemanduan yang lebih santai.
Traffic Jam Assist (TJA)
Membantu ketika trafik perlahan atau jem.
Kereta boleh bergerak dan berhenti mengikut aliran trafik secara automatik.
Active Speed Limiter (ASL)
Membantu memastikan kereta tidak melebihi had kelajuan yang ditetapkan.
Sesuai untuk mengelakkan saman.
Sistem untuk kawasan yang sukar dilihat.
Blind Spot Detection (BSD)
Mengesan kenderaan di titik buta (blind spot) cermin sisi.
Amaran akan muncul jika ada kenderaan yang anda tidak nampak.
Rear Cross-Traffic Alert (RCTA)
Amaran jika ada kenderaan melintas ketika anda mengundur.
Contoh:
Keluar dari parking mall secara reverse.
Rear Cross-Traffic Braking (RCTB)
Kereta boleh membrek sendiri ketika mengundur jika terdapat risiko pelanggaran.
Tambahan kepada fungsi RCTA.
Door Opening Warning (DOW)
Memberi amaran sebelum membuka pintu jika ada motosikal atau kenderaan menghampiri.