Battery type : LFP
Kebanyakan kereta EV atau PHEV baru akan menggunakan bateri jenis LFP diatas sebab - sebab berikut :
Jangka Hayat Panjang (Long Life): Bateri LFP boleh di charge beribu-ribu kali (cycle) selama bertahun - tahun (10 tahun pun masih OK )
Boleh Charge 100% Selalu Tanpa Masalah: Bateri jenis lain (seperti NMC) biasanya boleh charge sampai 80% sahaja untuk jaga jangka hayat. Untuk LFP, bateri boleh charge 100% setiap hari tanpa masalah.
Lebih Selamat (Safety First): LFP sangat stabil. Susah nak terbakar atau meletup walaupun berlaku kemalangan atau litar pintas.
Lebih Murah & Mesra Alam: Tidak menggunakan bahan seperti Cobalt atau Nickel untuk mengekalkan harga kenderaan supaya lebih murah.
Sesuai untuk negara panas seperti Malaysia